Selasa, 20 November 2012

KEK SARANG LEBAH



Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 23 Mei 2012
Soalan:

Puan,
Saya sekeluarga sangat menggemari Kek Sarang Lebah atau Kek Gula Hangus. Bolehkah puan berikan saya resipinya kerana saya ingin cuba memasak kek ini sendiri.
Bagi sukatan untuk resipi pula, bolehkah puan sediakannya dalam sukatan cawan? Saya berharap puan dapat berikan maklum balas untuk permintaan saya ini. Sekian, terima kasih.

Halipah Md. Yusof,
Kuala Lipis, Pahang.


Jawapan:

Didihkan secawan gula dan secawan air untuk dijadikan karamel. Ketepikan hingga sejuk. Kemudian, pukul 2 sudu besar mentega, sesudu kecil esen vanila, setengah cawan susu pekat hingga bergaul rata. Masukkan 5 biji telur satu persatu dan kacau perlahan.

Selepas itu, masukkan bahan kering iaitu secawan tepung, sesudu kecil soda bikarbonat dan kaup balikkan biar rata. Tuang karamel dan kacau perlahan hingga bergaul mesra.

Kemudian, tuang ke dalam acuan pilihan beralas kertas serap minyak dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 170˚C selama 40-50 minit hingga gebu. Selamat mencuba!

Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan

Dipetik dari:http://rasa.karangkraf.com/s-j-chef/soal-jawab-dari-chef

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FACEBOOK PAGES