Selasa, 20 November 2012

CARA BUAT KRIM PUTAR YANG BETUL



Soalan:

Puan,

Saya baru berjinak-jinak membuat kek dan biskut dengan mengikuti resipi-resipi yang disajikan oleh majalah RASA. Di sini saya ingin meminta bantuan puan supaya menunjukkan cara-cara yang betul membuat krim putar. Ini kerana saya kecewa apabila krim putar yang saya buat sering tidak menjadi. Selain itu saya juga menghadapi masalah membuat coklat masakan. Sekian, terima kasih.

Muhammad Rusydi Hashim,
Kota Bharu, Kelantan


 Jawapan:

Krim putar boleh terus dibeli dari kedai jualan barangan pembuatan kek dan biskut. Puan hanya perlu memutar sahaja dan terus menghias kek yang telah disediakan dan disejukkan. Jika puan bermaksud untuk membuat krim mentega sebagai hiasan dan bukan krim putar, puan hanya perlu pukul 1/2 bahagian mentega , 1/2 bahagian lemak sayuran dan tambah gula kaster atau gula serbuk. Kemudian dipukul hingga gebu dan ringan. Kemudian bolehlah terus menghias kek yang telah disejukkan. Begitu juga dengan coklat. Coklat masakan boleh dibeli dari kedai yang sama seperti di atas dan puan hanya perlu mencairkan coklat dengan cara ‘double-boiling’.

Dikendalikan:
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan

Dipetik dari : http://rasa.karangkraf.com/s-j-chef/soal-jawab-dari-chef

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FACEBOOK PAGES