Rujukan Facebook Sahabat Halal Jakim: http://www.facebook.com/SahabatHalalMalaysia?fref=ts
PES TOMYAM THAI MADAM PUM Semua kerja memasak menjadi lebih mudah,cepat dan pasti lebih menyelerakan!!!
Isnin, 26 November 2012
Jumaat, 23 November 2012
Selasa, 20 November 2012
FACEBOOK PAGES
Salam semua.Untuk lebih banyak gambar kek
dan maklumat mengenai KEK KUKUS HOUSE, tuan-tuan/Puan-Puan boleh layari link FB
Pages dibawah.Pelbagai info dikongsi bersama:
HOMEMADE CAKES
Berikut adalah antara homemade kek yang ditawarkan oleh KEK KUKUS HOUSE.Istimewanya, semua kek adalah dimasak melalui kaedah KUKUS.. Rasailah kenikmatanNYA.
a) Kek Coklat Moist
Frosting
i) Ganache
ii) Cheese Cream
iii) Butter Cream
b) Kek Pelangi.
Frosting
i) Cheese Cream
ii) Butter Cream
c) Cheese Cake Oreo With Blueberry
d) Kek Prunes
e) Apam Polkadot
Filling(blueberry, coklat,kaya, strawberry)
Tanpa Filling
f) Apam Polkadot dengan Apam
Angry Bird, Ladybird
Filling(blueberry, coklat,kaya, strawberry)
Tanpa Filling
g) Puding Karemel
h) Kek Batik
h) Kek Batik
CHEESE CAKE OREO WITH BLUEBERRY
aNtara Yang Mendapat Pujian Ramai bagi pengemar Chesse Cake
Base With Oreo
Cream Cheese
At Top with Blueberry
MEMBUAT KEK KUKUS LEMBAB
Oleh:
EDITORIAL RASA
Tarikh:
27 Februari 2012
Soalan
Puan,
Saya
menghadapi masalah membuat kek kukus buah-buahan yang lembab. Biasanya
kek kukus yang saya buat akan kekeringan dan berderai. Jadi, bagaimanakah
caranya membuat kek kukus dengan teknik yang betul? Saya berharap chef dapat
menyelesaikan masalah saya ini. Sekian, terima kasih.
Nor hazani
Abdullah@Hussin
Kemasik,
Kemaman, Terengganu.
Jawapan
Selepas
dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi
penyucuk sate dan tuangkan jus oren atau epal untuk melembabkan kek.
Simpan dingin dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu.
Dipetik dari : http://rasa.karangkraf.com/s-j-chef/soal-jawab-dari-chef
CARA BUAT KRIM PUTAR YANG BETUL
Soalan:
Puan,
Saya baru berjinak-jinak
membuat kek dan biskut dengan mengikuti resipi-resipi yang disajikan oleh
majalah RASA. Di sini saya ingin meminta bantuan puan supaya menunjukkan
cara-cara yang betul membuat krim putar. Ini kerana saya kecewa apabila krim putar yang
saya buat sering tidak menjadi. Selain itu saya juga menghadapi masalah membuat
coklat masakan. Sekian, terima kasih.
Muhammad Rusydi Hashim,
Kota Bharu, Kelantan
Jawapan:
Krim putar boleh terus dibeli dari kedai jualan barangan pembuatan kek dan
biskut. Puan hanya perlu memutar sahaja dan
terus menghias kek yang telah disediakan dan disejukkan. Jika puan bermaksud
untuk membuat krim mentega sebagai hiasan dan bukan krim putar, puan hanya
perlu pukul 1/2 bahagian mentega , 1/2 bahagian lemak sayuran dan tambah gula
kaster atau gula serbuk. Kemudian dipukul hingga gebu dan ringan. Kemudian
bolehlah terus menghias kek yang telah disejukkan. Begitu juga dengan coklat.
Coklat masakan boleh dibeli dari kedai yang sama seperti di atas dan puan hanya
perlu mencairkan coklat dengan cara ‘double-boiling’.
Dikendalikan:
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan
Dipetik dari : http://rasa.karangkraf.com/s-j-chef/soal-jawab-dari-chef
KEK SARANG LEBAH
Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 23 Mei 2012
Soalan:
Puan,
Saya sekeluarga sangat menggemari Kek Sarang Lebah atau Kek Gula Hangus. Bolehkah
puan berikan saya resipinya kerana saya ingin cuba memasak kek ini sendiri.
Bagi sukatan untuk resipi pula, bolehkah puan sediakannya dalam sukatan
cawan? Saya berharap puan dapat berikan maklum balas untuk permintaan saya ini.
Sekian, terima kasih.
Halipah Md. Yusof,
Kuala Lipis, Pahang.
Jawapan:
Didihkan secawan gula dan secawan air untuk dijadikan karamel. Ketepikan
hingga sejuk. Kemudian, pukul 2 sudu besar mentega, sesudu kecil esen vanila,
setengah cawan susu pekat hingga bergaul rata. Masukkan 5 biji telur satu
persatu dan kacau perlahan.
Selepas itu, masukkan bahan kering iaitu secawan tepung, sesudu kecil soda
bikarbonat dan kaup balikkan biar rata. Tuang karamel dan kacau perlahan hingga
bergaul mesra.
Kemudian, tuang ke dalam acuan pilihan beralas kertas serap minyak dan
bakar di dalam ketuhar bersuhu 170˚C selama 40-50 minit hingga gebu. Selamat mencuba!
Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan
Dipetik
dari:http://rasa.karangkraf.com/s-j-chef/soal-jawab-dari-chef
LEMBUTKAN KEK YANG KERAS
Petua dari Pakar Membuat Kek
LEMBUTKAN KEK YANG KERAS:-
Ada kalanya bila membuat kek, kek menjadi keras. Tapi jangan kecewa dan kek
terus dibuang.Ada kalanya bila membuat kek, kek menjadi keras. Tapi jangan
kecewa dan kek terus dibuang. Sebenarnya masih ada cara untuk memperbaikinya.
Ikuti cara berikut, biarkan kek keras tadi menjadi sejuk terlebih dahulu.
Kemudian bungkus dengan plastik yang kedap udaradan biarkan semalaman. Keesokan
harinya, buka bungkusan dan panaskan seketika menggunakan ketuhar.
Tip-Tip dalam Pembuatan Kek Dan Biskut
Menjelang
Sambutan Hari Raya yang bakal menjelma tak lama lagi, Kek Kukus Homemade ingin
berkongsi beberapa tip dalam pembuatan kek dan kuih .Pasti sambutan anda lagi
meriah dengan pelbagai aneka juadah kuih-muih.
1) Cara Membuat Biskut Bentuk Sendiri
Jenis biskut yang
diberi bentuk tanpa menggunakan acuan tetapi dibentuk dengan tangan. Adunan ini
haruslah lembut supaya mudah digulung atau dipotong dengan pisau.
2) Membuat Biskut Menggunakan Tepung Gandum
Jika tepung
gandum yang digunakan, serbuk penaik hendaklah dimasukkan bersama. Sukat dengan
tepat jumlah sebuk penaik yang diperlukan dan ayak bersama-sama tepung.
Ahad, 18 November 2012
TEMPAHAN APAM POLKADOT 2013
Kami menerima tempahan untuk apam polkadot. Anda boleh memilih warna
yang anda mahukan dan kami akan sediakannya untuk anda. Kami juga
menyediakan perkhidmatan pembungkusan untuk doorgift.
Apam polka dot sesuai sebagai doorgift, party pack dan juga hantaran.
Apam Polkadot Saiz Cup
Kecil (Cup Almond London)
Apam tanpa filling –
50 biji= RM 14.00
100 biji=RM25.00
Apam bersama filling
- (blueberry, coklat,kaya, strawberry,Peanut Butter)
- (blueberry, coklat,kaya, strawberry,Peanut Butter)
50 biji=RM18.00
100 biji=RM30.00
Apam Angry Bird, Ladybird (Cup
Kecil - Cup Almond London)
Apam tanpa filling –
50 biji=RM 20.00
100 biji= RM 35.00
100 biji= RM 35.00
Apam bersama filling
-(blueberry, coklat,kaya, strawberry,Peanut Butter
-(blueberry, coklat,kaya, strawberry,Peanut Butter
50 biji=RM24.00
100 biji=RM40.00
Info:
Ketahanan : Tahan
selama 2-3 hari pada suhu bilik dan lebih kurang 1 seminggu jika disimpan di dalam
peti sejuk. Jika disimpan dalam peti sejuk, keluarkan 15 minit awal sebelum
dimakan atau boleh juga dipanaskan dalam microwave selama 15 saat. Apam polka
dot akan kembali lembut.
**Untuk kemaskini terbaru, bolehlah juga layari Facebook Pages Kek Kukus House:
http://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-House/334074463331652.
http://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-House/334074463331652.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PASTIKAN YANG ORI BARU BELI Perhatian !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! - Awas dan Waspada pada produk tiruan. . - Terdapat je...
-
RESEPI TOMYAM ALA KEDAI Bahan: 1. Binatang yang disukai (ayam, daging, udang, sotong etc) 2. Pes tomyam made in thai (jangan paka...
-
Petua dari Pakar Membuat Kek LEMBUTKAN KEK YANG KERAS:- Ada kalanya bila membuat kek, kek menjadi keras. Tapi jangan kecewa dan ke...