Rabu, 29 Julai 2015

RESEPI TOMYAM ALA KEDAI

RESEPI TOMYAM ALA KEDAI

Bahan:

1. Binatang yang disukai (ayam, daging, udang, sotong etc)
2. Pes tomyam made in thai (jangan pakai kiub)
3. Sayuran (carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis etc)
4. tomato 1 biji
5. daun limau purut 3 4 helai
6. limau kasturi ambil airnya
7. bawang besar sebiji potong bulat
8. bawang putih 3 ulas diketuk
9. lengkuas seinci diketuk
10. Cili padi ikut suka banyak mana
11. serai 1 batang dititik
12. susu pekat manis 1 sudu
13. garam perasa
14. air untuk kuah








1. Masukkan ayam, udang, sotong, daging apa saja lah bahan yang disukai. Masuk sekali bawang besar, bawag putih, cili padi, daun limau, serai, air. Biarkan sampai mendidih.
















2. Bila air mendidih, Masukkan sayuran. Pas masuk sayur, masukkan pes tomyam. Masukkan 3 sudu besor. Ikutlah air korang banyak mana. Lagi banyak pes lagi kaw-kaw!!!













Inilah Pes Tomyam Madam Pum















3. Okey ini langkah secret nak bagi tomyam sedap. Bubuh susu pekat 1 sudu.  Bubuh susu cair pun boleh. Jangan banyaklah ye, 1 sudu cukup. Bagi rasa lelemak sikit gitu. Kang banyak sangat kang jadi susu tomyam puleeekkk.













4.Perahlah limau kasturi tu sikit bagi masam masam. Pastu perasakan dengan garam. Siap!!

















Nota Kaki:
Kalau nak guna udang, better masukkan udang tu last last sikit untuk elakkan udang kecut and keras. Kalau ada daun ketumbar, bolehlah tabur daun ketumbar untuk hasil yang lebih meletop!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FACEBOOK PAGES