PRODUK
5-Waffle Ajaib
Sekarang jika teringin makan waffle, tidak lagi
perlu membelinya di luar. Anda boleh menyediakannya sendiri di rumah pada
bila-bila masa sahaja.Hanya memerlukan masa yang singkat. Anda boleh mencipta
waffle dengan perisa yang disukai seperti vanila, coklat, strawberi, madu dan
lain-lain perisa lagi.
Kualiti produk ini memang luar biasa berbanding acuan
waffle yang dijual di pasaran luar.Tangkai bermagnet akan menjadikan ianya
kedap. Barulah waffle yang cantik akan terhasil. Bahagian dalamnya adalah 2
lapisan permukaan tidak melekat diperbuat daripada Die-Cast Aluminium. Tidak
melekat dan tidak berkarat. Jika terpandang, hati pasti tertawan.
“Waffle Ajaib” ini direka cipta khas
dengan lapisan tidak melekat (non-stick) dan pemegang tangkai berpenutup magnet
yang ketat untuk memudahkan anda membuat waffle sebagai sarapan pagi, pencuci
mulut dan juga ketika berkelah dalam masa yang lebih cepat.
“Waffle Ajaib” ini memudahkan anda
memasak dengan hanya menggunakan dapur gas yang biasa. Kalau dibandingkan
penggunaan waffle elektrik, “Waffle Ajaib”
boleh dibasuhi dengan air dan mudah disimpan kerana ianya kecil dan tidak
memerlukan ruang yang besar.
Produk ini dicipta khas dengan reka bentuk seperti
“Bunga” jika dilihat dari luar dan ia akan berbentuk seperti “LOVE”
selepas dimasak. Acuan isi padu yang dalam membolehkan anda memasaknya dengan
hasil waffle yang tebal setelah siap dimasak. Anda juga boleh memotong waffle
ini kepada dua bahagian dan menyapu perisa kegemaran anda seperti madu, coklat,
peanut butter, aiskrim dan lain-lain.
Berat produk ini 1.8kg
(termasuk buku resepi dan DVD)